03 Mac 2025, Isnin - YB Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah hadir dan merasmikan Bazar Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 bertempat di Bazar Ramadan Sungai Tarom, Setiu, Terengganu.
Sejurus selepas perasmian, YB Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah turut menyantuni para pengunjung dan mengagihkan apron kepada para peniaga di Bazar Ramadan Sungai Tarom. Majlis pelancaran ini juga dimeriahkan lagi dengan kempen pembayaran tanpa tunai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Turut hadir bersama, YB IR Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Mohd Yusop bin Majid,ADUN Permaisuri, YB Encik Azmi bin Maarof, ADUN Langkap,YBhg. Encik Ahmad Rizal bin Mamat, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu, YBhg. Encik Mohd Zalizan bin Sulong, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli Majlis serta Ketua Jabatan Majlis Daerah Setiu.







MAJLIS DAERAH SETIU, 







